PEMUDA BN KOTA BHARU

Home »

UMNO Kota Bharu lulus usul tolak Bersih

UMB Pemuda KB

Penaung
Datuk Hj Rosmadi B Hj Ismail

Penasihat
Sdr.Wan Abdul Rahman Wan Ismail

Penerangan
Sdr.Mohd Fakirolaswadi Derahman

Pengerusi UMB
Sdr.Iskandar Afian Hj Ismail

Wartawan dan Penulis :
Sidang Redaksi UMB Pemuda Kota Bharu

Webmaster
UNIT Media Baru
Pemuda KB

UMNO Kota Bharu lulus usul tolak Bersih

 

KOTA BHARU – UMNO Bahagian Kota Bharu meluluskan usul menolak perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada 9 Julai di ibu negara.

Usul itu dicadangkan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Bharu, Hanafi Abdullah, diterima sebulat suara perwakilan pada persidangan dihadiri 500 orang di Dewan UMNO Perhubungan Negeri Kelantan.

Ketika membentangkannya, Hanafi berkata, negara ini berada pada tahap paling aman dan makmur, rakyat berbilang kaum dan agama pada keseluruhannya hidup dalam kesejahteraan dan harmoni.

Menurutnya, memandangkan keamanan semakin memuncak hasil kebijaksanaan pemimpin dan rakyat yang memahami dan menyayangi senario ketenangan amatlah wajar dipertahankan.

“Perancangan mengadakan perhimpunan itu, tidak memberi sebarang kesan baik kepada rakyat dan tidak mendatangkan faedahnya kepada negara, malah akan memporak-perandakan segala keharmonian selama ini.

“Justeru, kepimpinan UMNO Bahagian Kota Bharu dan seluruh warga UMNO sewajarnya menentang mencari jalan supaya Perhimpunan tidak berlaku demi mempertahankan imej negara sekali gus menyelamatkan rakyat dan ekonomi mereka dari terjejas teruk,” katanya pada mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Mohd Salleh dan Timbalannya, Datuk Wan Abdul Ghani Wan Yusoff dan anggota komponen Barisan Nasional (BN).

Turut diluluskan beberapa usul lain, termasuk pelajaran, ekonomi, agama dan pembangunan sosial.

Petikan Sinar Harian


Leave a comment