PEMUDA BN KOTA BHARU

Home » Galeri Infomasi » Kata Aluan Pen.SU

Kata Aluan Pen.SU

 

 

KATA-KATA ALUAN

YBRS. SAUDARA AHMAD ROZIDI RAZALI

PENOLONG SETIAUSAHA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KOTA BHARU


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t, atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada kita dan semua warga Pemuda UMNO untuk kita terus kukuh dalam mengekalkan kesinambungan Parti yang menjadi warisan dari generasi kepimpinan terdahulu dan dapat kita berkumpul semula dan bersidang demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara kita.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Pergerakan Pemuda Cawangan yang telah bersidang. Dan ucapan terima kasih juga kepada semua Perwakilan Cawangan yang hadir pada hari ini.Suara-suara anak muda dari Cawangan telah dilontarkan ketika Cawangan-Cawangan bersidang; Kini suara tersebut akan dibawa oleh Perwakilan Cawangan ke Persidangan Pemuda UMNO Bahagian.

Pemuda adalah suara dan telinga masyarakat, Pemuda juga merupakan denyut nadi masyarakat itu sendiri. Ambillah peluang yang ada ini untuk kita luahkan apa yang masyarakat mahukan dari UMNO agar ianya akan sampai ke pihak atasan.

Suka atau tidak, bersedia atau tidak, mahu atau tidak, masa telah pantas bergerak, ianya tidak menunggu kita. Pemuda UMNO Kota Bharu perlu menyiapkan diri untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang mendatang. Baik dari segi Ilmu, Minda, Rohani dan Jasmaninya.

Kita sebenarnya kesuntukan masa, masa sememangnya tidak menungu kita, jika kita asyik bertelagah dan tidak bersatu, tidak ada satu masalah pun yang dapat kita selesaikan. Pengundi-pengundi tidak mahu mendengar dan tidak akan ada simpati lagi kepada UMNO jika kita terus bertelingkah dan terus tidak bersatu. Sudah tiba masanya kita berhenti sebentar dan berfikir, setiap tindakan kita adakah akan membawa manfaat kepada Pemuda mahupun UMNO. Jangan kita sia-siakan zaman muda dengan perkara yang tidak berfaedah.

Musuh kita sebenarnya di luar sana, mereka sanggup menggadaikan nasib bangsa Melayu demi tujuan yang satu, iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Adakah kita Pemuda masih lena?? Adakah kita sudah puashati dengan pencapaian kita sekarang??

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi lebih mudah dengan niat yang ikhlas.

 

“GELOMBANG MERAH – GELOMBANG RAKYAT ~ TRANSFORMASI 1 KELATE”

 

AHMAD ROZIDI RAZALI

Advertisements
%d bloggers like this: