PEMUDA BN KOTA BHARU

Home » Galeri Infomasi » Kata Aluan KP

Kata Aluan KP

1460083_1436725879880113_236111156_n

PERUTUSAN

YBrs. WAN MOHAMED RASMAN DATO’ WAN HASSAN

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KOTA BHARU


 Alhamdulillah kita diberi kesempatan bertemu dalam ruangan ini. Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan yang telah berjaya mengadakan Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Cawangan masing-masing dan seterusnya akan menunaikan Persidangan Perwakilan di peringkat Pemuda UMNO Bahagian.

Cabaran hari ini adalah untuk menentukan kelangsungan kuasa Barisan Nasional dapat dipertahankan dalam membentuk Kerajaan Persekutuan. Semenjak Mac 2008 kita telah melalui bebarapa siri Pilihanraya Kecil yang dapat dijadikan ukuran penerimaan rakyat terhadap pemerintahan Barisan Nasional. Secara keseluruhannya kita dapat melihat perubahan lanskap politik yang begitu ketara terutamanya pengurangan sokongan kaum lain yang dilihat semakin tidak mesra terhadap Barisan Nasional.

Fenomena kaum lain yang tidak mesra terhadap Barisan Nasional telah mendatangkan kerisauan dan kebimbangan kepada kita terutamanya apabila mengamalkan konsep perkongsian kuasa yang memerlukan sokongan semua kaum untuk memenangi Pilihanraya Umum yang ke-13. Bagi memastikan kelangsungan kuasa pemerintahan Barisan Nasional samada digemari atau tidak, maka kita harus sentiasa berada di depan dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga melaksanakan program yang memenuhi citarasa serta kemahuan mereka.

Justeru itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat pemuda agar tempoh yang berbaki kurang 2 tahun ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi mempergandakan usaha terutamanya untuk mencari, mengesan dan menambah pengundi muda. Zaman selesa dengan mengharapkan Kerajaan melakukan segala-galanya dan yakin rakyat menyokong kita telah berakhir. Proses pendekatan hubungan politik di antara Pemuda UMNO dan generasi muda serta NGO-NGO harus berlaku untuk membolehkan mereka memahami tindakan dan agenda Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Hanya melalui kefahaman politik dan iltizam yang tinggi sahaja yang mampu untuk memberi harapan kepada Barisan Nasional untuk terus berkuasa. Menjadi juara hanya di dalam UMNO sudah tidak bermakna apabila kita tidak lagi dilihat menjadi juara kepada rakyat. Letakkanlah matlamat untuk memenangi pilihanraya di tempat yang paling tinggi kerana jawatan dalam Parti sudah tidak lagi bererti apabila rakyat mula membenci.

Akhir kalam, saya dan seluruh barisan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian dengan ini mengucapkan “Selamat Bersidang”  kepada ahli semua dan salam perjuangan.

“GELOMBANG MERAH – GELOMBANG RAKYAT ~ TRANSFORMASI 1 KELATE”

Salam hormat

Advertisements
%d bloggers like this: