PEMUDA BN KOTA BHARU

Home »

LAWATAN PERDANA MENTERI KE KELANTAN

UMB Pemuda KB

Penaung
Datuk Hj Rosmadi B Hj Ismail

Penasihat
Sdr.Wan Abdul Rahman Wan Ismail

Penerangan
Sdr.Mohd Fakirolaswadi Derahman

Pengerusi UMB
Sdr.Iskandar Afian Hj Ismail

Wartawan dan Penulis :
Sidang Redaksi UMB Pemuda Kota Bharu

Webmaster
UNIT Media Baru
Pemuda KB

KOTA BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kelantan dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu.
Najib dan isteri yang menaiki pesawat khas tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu pada jam 9.40 pagi dengan disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dan ketua-ketua jabatan persekutuan.

Lawatan Perdana Menteri kali ini untuk menghadiri beberapa program bersama rakyat membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Baharu.

Beliau akan memulakan program pertamanya dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penyelaras Barisan Nasional Kelantan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Puteh sebelum membuat ‘tinjauan mesra’ di Stesen Kereta Sewa dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Perdana Menteri akan merasmikan majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh.

Perdana Menteri kemudian ke daerah Machang bagi menghadiri Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.

Najib juga dijadualkan menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan Facebook di Hotel Renaissance di sini selepas itu.
Rosmah pula mempunyai acara berasingan dengan menghadiri program ‘Apa Khabar Anak Permata’ di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Bachok dan program minum petang bersama pertubuhan-pertubuhan wanita di Hotel Grand Riverview di Kota Baharu.

Pada sebelah malam, Najib dan Rosmah akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Wisma Persekutuan di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur yang dijadual pada 10.55 malam. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: