PEMUDA BN KOTA BHARU

Home »

Pemuda KB Tidak Persoal Siapa Calon

UMB Pemuda KB

Penaung
Datuk Hj Rosmadi B Hj Ismail

Penasihat
Sdr.Wan Abdul Rahman Wan Ismail

Penerangan
Sdr.Mohd Fakirolaswadi Derahman

Pengerusi UMB
Sdr.Iskandar Afian Hj Ismail

Wartawan dan Penulis :
Sidang Redaksi UMB Pemuda Kota Bharu

Webmaster
UNIT Media Baru
Pemuda KB

Pemuda KB Tidak Persoal Siapa Calon

JALAN CHE SU – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu sedia menerima siapa sahaja bakal calon akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti.

Ketuanya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, pemuda akan memberi sokongan penuh kepada calon berkenaan sama ada di peringkat parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pemuda akur dengan pucuk pimpinan parti untuk meletakkan siapa sahaja di DUN atau parlimen pada PRU ini. Sebab itu siapa calon tidak pernah dipersoalkan oleh pemuda.

“Pemuda yakin dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon,” katanya.

Beliau berkata, barisan pemuda bahagian berkenaan sentiasa menghormati dasar serta polisi parti bagi mengekalkan kemakmuran masyarakat bermajmuk.

Pada masa sama beliau menyeru jentera parti dari kalangan pemuda khususnya supaya tidak mengikut rentak pembangkang ketika melakukan gerak kerja pilihan raya sama ada dari segi berkempen, memberi penerangan atau sebagainya.

“Kita mempunyai strategi sendiri maka ikut strategi itu. Kali ini pemuda akan berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan UMNO pada PRU ini.

“Kerana kemenangan UMNO kali ini amat bermakna bagi rakyat Kota Bharu selepas 22 tahun berada dalam himpitan waktu tanpa sebarang perubahan,” katanya.

Tambahnya, pemuda sedia berkorban waktu dan tenaga bagi menghadapi PRU 13 ini yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pilihan raya paling sengit

#Sumber dari Khabar Kota Bharu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: