PEMUDA BN KOTA BHARU

Home »

Fatmi Sifatkan Kenyataan Nik Aziz Terhadap Penerima Bantuan Sebagai Keterlaluan

UMB Pemuda KB

Penaung
Datuk Hj Rosmadi B Hj Ismail

Penasihat
Sdr.Wan Abdul Rahman Wan Ismail

Penerangan
Sdr.Mohd Fakirolaswadi Derahman

Pengerusi UMB
Sdr.Iskandar Afian Hj Ismail

Wartawan dan Penulis :
Sidang Redaksi UMB Pemuda Kota Bharu

Webmaster
UNIT Media Baru
Pemuda KB

Fatmi Sifatkan Kenyataan Nik Aziz Terhadap Penerima Bantuan Sebagai Keterlaluan - See more at: http://www.khabarkotabharu.com/fatmi-sifatkan-kenyataan-nik-aziz-terhadap-penerima-bantuan-sebagai-keterlaluan

KOTA BHARU – Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata tindakan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melabelkan penerima bantuan kerajaan pusat sebagai haiwan, adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam.

“Saya rasa ini amat keterlaluan untuk melabelkan orang sebagai haiwan, ayam, lembu dan sebagainya… amat keterlaluan dan tak sepatutnya keluar daripada seorang yang bergelar ‘Tok Guru’.

“Adakah yang memerlukan bantuan tidak boleh dibantu… adakah orang miskin ini sama taraf dengan haiwan?

“Ini semua adalah satu perkara yang tak sepatutnya diungkapkan oleh sesiapa sekalipun, tidak kira sama ada daripada ahli politik atau tidak… mengatakan sesuatu yang buruk terhadap orang, itu satu perkara yang amat keji sekali,” katanya ketika ditemui pada program Kembara Tukar Jelajah Kelantan, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Nik Aziz dilapor berkata pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama seperti ayam dan lembu yang akan menghampiri jika manusia memberi haiwan itu makanan kegemaran.

Bagaimanapun, pada tahun lepas, Nik Aziz sendiri dilaporkan media menyambut baik serta mengajak semua pihak termasuk ahli parti Pas mengambil peluang mengisi borang untuk menerima bantuan tersebut.

# Sumber dari Khabar Kota Bharu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: