PEMUDA BN KOTA BHARU

Home »

Isu Kalimah “Allah”, Tapi Umat Islam Pertikaikan Pendirian Awal Nik Aziz, Hadi

UMB Pemuda KB

Penaung
Datuk Hj Rosmadi B Hj Ismail

Penasihat
Sdr.Wan Abdul Rahman Wan Ismail

Penerangan
Sdr.Mohd Fakirolaswadi Derahman

Pengerusi UMB
Sdr.Iskandar Afian Hj Ismail

Wartawan dan Penulis :
Sidang Redaksi UMB Pemuda Kota Bharu

Webmaster
UNIT Media Baru
Pemuda KB

Isu Kalimah “Allah”, Tapi Umat Islam Pertikaikan Pendirian Awal Nik Aziz, Hadi

KOTA BHARU – Ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Datuk Hj Rosmadi Ismail menyarankan agar semua pihak menghentikan isu penggunaan kalimah Allah daripada menjadi polemik politik.

Beliau berkata langkah ini untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam serta merumitkan lagi keadaan.

“Apa yang penting ialah umat Islam di negara ini harus bersatu dan hentikan perbezaan politik yang ekstrem. Kita perlu maju kehadapan dan memfokuskan bagaiman ingin memajukan umat Islam di negara untuk tempoh yang panjang,” katanya.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata semua pihak diingat untuk mematuhi peraturan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung penggunaan kalimah itu.

Isu kalimah Allah timbul apabila Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pakatan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.

Setelah didesak pelbagai pihak, menteri besar Kelantan itu dan beberapa pemimpin PAS yang lain kemudiannya mengubah nada dan bersetuju dengan Majlis Syura Ulama PAS agar kalimah itu tidak digunakan oleh bukan Islam.

Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Sumber : Khabar Kota Bharu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: