PEMUDA BN KOTA BHARU

Home »

Kejohanan Liga Bolasepak Piala Dato’ Fatmi 2011

UMB Pemuda KB

Penaung
Datuk Hj Rosmadi B Hj Ismail

Penasihat
Sdr.Wan Abdul Rahman Wan Ismail

Penerangan
Sdr.Mohd Fakirolaswadi Derahman

Pengerusi UMB
Sdr.Iskandar Afian Hj Ismail

Wartawan dan Penulis :
Sidang Redaksi UMB Pemuda Kota Bharu

Webmaster
UNIT Media Baru
Pemuda KB

Pelancaran Liga Bola sepak Piala Dato' Fatmi 2011

KOTA BHARU – Lebih 100 pasukan bola sepak kawasan parlimen Kota Bharu bakal berentap bagi merebut Piala Datuk Fatmi dalam Kejohanan Piala Datuk Fatmi yang dijangka akan berlangsung selama sebulan bermula akhir bulan ini. Ketika bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran sukan tersebut, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh melahirkan rasa bangga diatas sambutan yang amat menggalakkan itu.

“Sambutan yang diberikan oleh belia di kawasan Parlimen Kota Bharu amat menggalakan. Selepas ini saya kira kerajaan negeri perlu menyediakan kemudahan untuk golongan ini menjalankan aktiviti mereka terutamanya dalam acara bola sepak. “Dengan cara ini ia dapat menghindarkan golongan berkenaan daripada terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Rosmadi Ismail, Presiden Badan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGO TP) Datuk Fered serta tiga pemain skuad Red Warriors 2012 Nor Farhan Muhammad, Azlan Ismail dan Zairul Fitree Ishak.

Tambahnya, penganjuran sukan tersebut bagi memupuk semangat cintakan bola sepak di kalangan belia Kota Bharu selain mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan pemain. Lebih RM75,000 hadiah ditawarkan pada kejohanan tersebut.

Pada majlis berkaitan, Mohamad Fatmi turut menyumbang set jersi termasuk sebiji bola kepada setiap pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: