PEMUDA BN KOTA BHARU

Home »

Sentiasa Pertahankan Utusan- KJ

UMB Pemuda KB

Penaung
Datuk Hj Rosmadi B Hj Ismail

Penasihat
Sdr.Wan Abdul Rahman Wan Ismail

Penerangan
Sdr.Mohd Fakirolaswadi Derahman

Pengerusi UMB
Sdr.Iskandar Afian Hj Ismail

Wartawan dan Penulis :
Sidang Redaksi UMB Pemuda Kota Bharu

Webmaster
UNIT Media Baru
Pemuda KB

MACHANG 20 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa mempertahankan akhbar Utusan Malaysia untuk memastikan wadah perjuangan Melayu itu dapat diteruskan, biarpun ia dikecam dan diancam pihak pembangkang.

Malah Ketuanya, Khairy Jamaluddin turut menyifatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai penakut kerana tidak berani bertembung dengan pihaknya di hadapan ibu pejabat akhbar tersebut untuk menyerahkan memorandum hari ini.

Beliau berkata, tindakannya mengerahkan ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO dari Wilayah Persekutuan dan Selangor ke hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini adalah untuk menunjukkan bahawa Pemuda UMNO sentiasa menyokong akhbar yang berpengaruh itu.

“Saya mendapat tahu bahawa AMK akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan hari ini. Saya hendak bagi tahu kalau mereka cuba untuk mengadakan demonstrasi bantahan, kita juga boleh tunjukkan kekuatan untuk pertahankan Utusan.

“Tetapi hari ini saya mendapat maklumat daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur bahawa AMK tidak datang, saya minta perkara ini disampaikan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution bahawa AMK penakut untuk berhadapan dengan kita,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Machang di sini hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: